Thursday, October 3, 2013

DAUN HERBA STEVIA (Stevia Rebaudiana Botani)

DAUN MANIS?? BOLEH KE DI BUAT AIR DAN DI MINUM?

Stevia adalah genus dari sekitar 240 spesis tumbuhan dan semak dalam keluarga bunga matahari (Asteraceae), berasal dari daerah subtropika dan tropika dari bahagian barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Spesis Stevia rebaudiana, umumnya dikenali sebagai sweetleaf (daun manis), sugarleaf atau hanya stevia. Sebagai pengganti pemanis gula rasa stevia mempunyai onset lebih lambat dan tempoh yang lebih lama daripada gula. Dengan ekstrak yang mengandungi sampai 300 kali kemanisan gula, stevia kini telah mendapat permintaan meluas. Penyelidikan perubatan juga menunjukkan manfaat yang timbul daripada stevia dalam mengubati obesiti dan tekanan darah tinggi. Sila rujuk dengan doktor anda jika anda mempunyai masalah diabetes atau tekanan darah tinggi, kerana InsyaAllah Daun Stevia boleh membantu sekiranya anda yakin.

ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MENJAUHI DIRI DARIPADA GULA. 
STEVIA ADALAH SATU PRODUK PILIHAN YANG SIHAT DAN SEMULAJADI...

Gula sama seperti garam boleh menaikkan tekanan darah. Diet moden biasa yang bergula dan bergaram, adalah yang terburuk, kata Dr Harry G. Pruess dari Sekolah Perubatan Universiti Georgetown di Amerika Syarikat.

Dalam kajian ke atas binatang beliau mendapati gabungan garam dan gula menaikkan tekanan darah berbanding salah satu daripadanya. Gula menganggu metabolisme insulin, hormon yang membantu mengawal tekanan darah (dan glukosa darah). Pengambilan gula yang banyak juga mencetuskan bendungan air dan garam yang akan menaikkan tekanan darah.

BERINGAT : TEKANAN DARAH TINGGI boleh membawa kepada serangan jantung, strok, diabetes, buah pinggang danpenyakit lain.

FUNGSI UTAMA DAUN STEVIA :

  1.  Mencegah Kencing Manis                                                        
  2.  Mencegah Darah Tinggi                                                          
  3.  Mencegah Lemah Jantung                                                            
  4.  Mencuci Buah Pinggang
  5.  Mengeluarkan Toksin Badan
  6.  Merangsang Sisten Imunisasi
  7.  Menggalak Hormon Testeron
  8.  Membantu Menyingkirkan Asid Urik (Gout)
  9.  Mengelakkan Batu Karang (Kencing Lawas)
10.  Memberi Tenaga dan Mencegah Keletihan
11.  Memecah Lemak dan Membuang Kolestrol dalam darah.

CARA MINUM
1 Teko air panas + 10 helai daun Herba Stevia (*sebagai ganti gula)
    (Harga Sekotak RM15 je...tidak termasuk Poslaju)

Sekian...salam manis dan jauhi dari kencing manis buat korang moga selalu di beri kesihatan hendakNya...

**INGAT MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT**

No comments:

Post a Comment